Rose


Wednesday 19 June 2013

Aurawhite Collegen

Hai teman-teman... Lama tak berblog... Rini ada kesempatan sekejap maka marilah kita berblog. Sebenarnya nak kongsi tentang satu produk ni. Sekarang dah masuk botol kedua amik. Alhamdulillah, memang sesuai dengan akak.... Haaaa gitewww...!!!

Produk ni semua orang dah tahu. Sapa tak kenal ngan Aurawhite Collegen kan... Banyak khasiat bukan sekadar untuk cantikkan kulit.. Tapi macam2 la... Yang penting student banyak yang tegur, kulit cikgu nampak makin cantikla... Diaorang siap cubit-cubit pipi lagi... Aku sekeh jugak kang... 

Sempatla baca dalam blog len tentang produk ni. So meh kita kongsi apakah khasiatnya. Pinjam dari blog lidbeautymall.

KEISTIMEWAAN AURA WHITE GLUTA COLLAGEN 400,000MG
*50% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2
* memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalah
* menjadikan kulit lebih anjal dan elastik serta lembab
* mengurangi kedutan dan garis2 halus
* mengecilkan pori2 kulit
* menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
* meningkatkan sistem imunisasi badan
* mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
* mengatasi masalah jerawat dan jeragat
* mengurangi sakit radang/sendi
* mengandungi prebiotik dan 3 kali stem sel
* sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
* membekalkan tenaga optimum sepanjang hari
* mengurangi kolesterol
* menghapuskan parut, tumit merekah dan selulit
* meningkatkan kualiti tidur
* sesuai untuk lelaki dan wanita
Produk pencerahan kulit yang harus dicuba, menghapuskan kekusaman, mengembalikan keserian dan kelembutan kulit secara keseluruhan. Satu2 nya produk keluaran Malaysia yang menggunakan teknologi stem sel hasil gabungan 3 jenis tumbuhan/buah - tomato, epal dan roselle serta ditambah benefit kehebatan lain, L-glutathione dan kolagen ikan talapia!

Dengan ramuan berkualiti premium yaang diadun bersama bahan semulajadi terbaik seperti lemon, turnip, strawberi, maquiberry, betik, sarang burung, astaxanthin dan pinebark, pastinya gabungan mantap yang memberikan 3 kali kuasa pencerahan kulit malah berupaya merangsang penjanaan sel2 kulit baru serta memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan sekata hanya dalam 14 HARI !!

FORMULA LENGKAP
Diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu melambatkan penuaan kulit. Ia membantu menyerlahkan kecantikan kulit, mengurangkan radang serta berupaya memulihkan sel tisu.

RASA YANG LAZAT
Berperisa lemon berry bukan sahaja enak diminum tetapi membekalkan
khasiat yang tinggi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan dalam satu masa.


TANPA BAHAN TAMBAHAN
100 % semulajadi dan selamat ,tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon,steroid dan bahan kimia oleh SGS.



CARA PENGAMBILAN:
1) Masukkan 2 scoop ke dalam shaker dan goncang.

2) Bancuh menggunakan air mineral /air bersih biasa.. Tidak digalakkan menggunakan air panas kerana dikhuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang

3) Jauhi minum / makan dari sumber yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya kerana kajian menunjukkan kafein mampu menghilangkan zat aktif dan tidak baik untuk kecantikan kulit.

4) WAJIB minum air masak / mineral /air bersih sekurang-kurangnya 3-5 liter sehari untuk kadar serapan yang cepat dan kesan yang pantas.

5) Cara yang sesuai untuk pengambilan AURA WHITE adalah semasa perut kosong. Di sarankan ambil pada waktu pagi (2 jam sebelum sarapan) dan malam sebelum tidur (2 jam selepas makan malam)
NGIN TAHU RAHSIA KULIT CANTIK SELEBRITI ?

Dengan Aura White anda boleh membuat transformasi seperti selebriti dan keluar dari keGELAPan !!!
PILIHAN TERBAIK MENGGANTIKAN SUNTIKAN & RAWATAN LASER.

Sains Kecantikan Semulajadi.

UNTUK KULIT KENDUR, KUSAM, KULIT TIDAK SEKATA,
TIDAK BERMAYA, JERAWAT, MALASMA, PIGMENTASI, PARUT, JERAGAT, KULIT GELAP DAN EKZEMA.

Produk Aura White ini adalah produk minuman inovasi terkini untuk PENCERAHAN KULIT YANG PERTAMA DI MALAYSIA MENGABUNGKAN 3 STEM SEL DARI TOMATO, EPAL DAN ROSELLE BERSAMA GLUTATHIONE DAN TILAPIA KOLAGEN!!!

Minuman Aura White inovasi kecantikan dari teknologi Jepun yang mempunyai campuran bahan sesuai untuk kulit asia

Minuman ini bukan sahaja memberi kulit kita putih dan gebu malah memberi kesihatan dalaman di dalam badan kita.

Jika kita hanya mengunakan produk kecantikkan untuk luaran tetapi tidak mengambil minuman kesihatan untuk dalaman tidak ada guna, mungkin disebabkan keletihan juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan kulit muka dan badan kusam, berjeragat dan tidak bermaya disamping faktor kekurangan collagen.

Kepada yang mempunyai masalah keguguran rambut atau kerosakkan rambut, di syorkan ambil minuman AURA WHITE L-GLUTATHION + TILAPIA COLLAGEN+VITAMIN C+HYALURONIC ACID+TRIPLE STEMCELL PHYTOCELLTEC . Ia bukan sahaja memberi rambut anda sihat malah kulit akan jadi putih dan gebu.

Sesetengah orang yang menggunakan produk kecantikan tidak nampak kesan atau bertambah teruk disebabkan masalah dalaman badan kita. Oleh itu saya syorkan anda pengambilan minuman AURA WHITE yang dapat selesaikan masalah anda Insyallah...

Aura White mempunyai kesan yang menakjubkan setelah anda mengamalkan minuman ini kelebihan yang anda akan dapat nanti ialah :-

a) 50% pencerahan ketara dalam masa 1-2 minggu
b) Pemulihan kulit yang rosak & bermasalah spt Jeragat, Jerawat, kulit kusam , kulit kering dan kasar.
c) Rambut lebih sihat ,halus & bersinar
d) Mengurangkan keduan & garis halus
e) Melambatkan proses penuaan
f) Mengatasi masalah sembelit
g) Mengurangkan sakit sendi
h) Meningkatkan tenaga & lebih aktif
i) Menguangkan rekahan kaki
j) Menguatkan otot, kuku dan tulang
k) Mengandungi nutrien yang tinggi sesuai bagi ibu mengandung & yang lagi penting meningkatkan penghasilan susu ibu dan kesannya dapat memberi kulit bayi cantik dan sihat.
Memang nampak kesannya... Masa mula amik asyik ulang ke toilet je... Badan rasa ringan. Tapi yang paling penting liang roma dah makin mengecil... Nampak rata... Cuba tau..

Sunday 9 June 2013

Salad Pizza Hut

Pernah tak korang ke pizza then tapau dia punya salad? Ada setengah tempat tak bagi kita tapau or dia orang tapaukan tapi kat pizza kat alor setar ni bleh tapau and bleh amik sebanyak mungkin selagi muat bekas yang dia bagi.

Masa mula gi beli dulu ada gak la dia punya staff dok ulang alik tengok masa kita tengah sibuk dok isi salad dalam bekas... Cuak leteeeewwww tengok kita amik banyak. Ada aku kisahh... Katanya!!! Hahaha, dah macam Azwan Ali la pulak... Siap hentak2 lagi bekas dia bagi padat... 

Sekarang dah jadi ikutan kawan2 kat tempat kerja. Diaorang pun dah mula tapau salad ni. Memang sangat sedap bila dicampur aduk... Ada masam, manis... Sedap yang hamat... Tak caya lepas baca ni tutup laptop start keta g pizza tapau... Fuhhh... Sedap tak henget kau...

Ni la ghopa dia bila dah dicampur macam2

Letak letuce, cslow, kekacang, buah-buahan, 1000 island...

Tayang lagi...

Tadaaaaa.... Dah habis.....
Pegi dengan kawan, dia tak tahu leh amik banyak2.. Cakap dekat dia kita bayar, bukan free. Amik je... Dia pun apa lagi, hentak puas2 bagi padat... Kawan2 yang lain dah lama buat... Dia je tak tau gi.. Hehehe... Dalam keta pun dah dekat satu bekas... Cuba tau...

Hari pertama buka sekolah..

Hari ni kembali berkhidmat seperti biasa selepas bercuti selama 2 minggu.. Mood cuti masih ada tapi mujurla leh jaga awal.. Kalu ikut cuti, jaga agak-agak dah nak subuh gajah... Haishhhhh... 

Baru sampe dari KL semalam. Rindu giler ngan bilik... Maklumla tinggal 5 hari.. Dah terbiasa cuti tido lewat, semalam terbabas gak sampe kul 11.30 baru tido. Selalu lepas isyak dah jalan. Sampe kat umah pun dah pukul 10. Dok sembang-sembang bagai pastu mandi baru masuk tido... Fuhhhh nikmat... 

Dah nama pun set dalam kepala esoknya kerja, elok je pukul 4 mata mesti buka. Tengok jam, then sambung layan blues dulu sampe 5.30. Bangun iron baju and siapkan apa yang patut pastu mandi dan sembahyang.

Nikmatnya jadi guru bila murid kita berjaya. Tapi paling nikmat, dapat siap marking paper.... Macam nak wat kenduri pulut kuning ja. Hahaha... Haruskah??

Yang penting tugas mendidik anak bangsa kena teruskan juga... Moga segalanya dipermudahkan... Amin....
 

Thursday 6 June 2013

Roti Badam

Projek roti badam ni pun lama gak bertangguh.. Tapi masa awal cuti hari tu nekad jugak nak buat... Maka tarlaksanalah juga misi yang tertunggak tu... Barang dah lama beli... Before maghrib mula menggodek perap jap then lepas maghrib terus bakar... Macam biasa kalu dah masa bakar bau satu rumah yang paling tak sabar mestila daddy.. Orang pertama rasa tu... Kali ni tak letak raisin macam yang buat mula dulu. Tapi rasanya tetap sedap... Katanya!!!... Hahahaha... Dah macam Azwan Ali plak


Siap untuk dibakar...

Siap!!!... Tabur gula halus sikit.. Makan panas-panas memang best!!!

Puasa Sunat...

Entri ni sepatutnya dah lama keluar. Tapi biasala jenis suka peram.. Dah agak nak masam or expired baru nak publishkan.. Akak biasala dik non oiii.. Sibuk tak henget donia.....

Awal Rejab K.Shimah ajak puasa sunat. Kena plak hari keje tapi oklah. Kurang2 ada gak susut badan. Dapat gak selesaikan 7 hari.. Seronok kalu berpuasa rame2... Walaupun masa nak berbuka lain2 dapur tapi masa kat sekolah tu godaan nak ke kantin kurang. Geng taiko puasa... Hahahaha... Perasan...

Ada satu hari tu puasa, berbuka kat luar. Teringin nak makan nasi arab. So, dengan Miss Doyah kita orang terjah Old Castle kat tepi Istana Anak Bukit... 

Hah, kedabakkan... Macam pinggan tamnbah. Chicken Chop tu Doyah punya..

Ratu Colgate... 
Restoran ni dah macam kurang pelanggan.. Tak tahulah kenapa... Pekerja lagi ramai dari pelanggan kot... Dulu ramai yang hamat, sekarang dah makin kurang... Nasi arab dia blehla.. Tapi sedap lagi kat 
Arabian Mendy kat Sungai Petani. Memang superbbb.... Betul tak Atie?

Ok, papai.. Adios... Saja rest jap... Nak masuk markah dalam saps tak blehla plak.. Adoyaiiii!!

Wednesday 5 June 2013

Shopping-shopping..

Seharian berjalan sehingga mengorbankan RM700.. Huhuhuhu... Penat tapi hasilnya ya boleh tahan pak...
Ada untuk diri sendiri, kakak n anak buah... Untuk kakak belikan blouse untuk dia sebab suh dia mc... Hahaha... Ko sanggup... Dah tu blikan juga rantai tangan untuk anak dia si Lulun..

Jom tengok apa yang I beli...

I punya - tudung

Kita punya jugak

Dan ini jugak

Ini juga - Jubah

Mejan punya - Semua pink... Kasut dia leh beli kasut kita 2 pasang. Mahal nak mammmmmppp
Akak punya dia dah amik. Termasukla rantai tangan si Lulun tu...

Lunch kat Bamboo Style, Sri Gombak..

Semalam masa nak kuar ke KL dengan kakak ajak dia singgah jap umah akak yang sorang lagi sebab masa balik kampung hari tu dia tertinggal phone. Otw tu call abang tanya kat mana. Dia cakap kat ofis, then gtau dia kata ada kat KL. Pastu dia suh singgah ofis dia..

Lepas hantar barang akak sorang tu nak ikut la plak. So bawak dia sekali. Janji dengan abang kat Old Town bawah ofis dia. Dia nak g Bahrain. Dia suh datang sebab nak kirim duit belanja untuk mummy and daddy. Abang sorang ni best kalu jumpa dia. Sure dia akan ajak makan punya. Nak plak kami angkat geng g jumpa dia. Dia cakap jom p makan kat Bamboo Style depan Old Town. Jom tengok menu2 yang dipilih..

Butter prawn

Siakap

Tomyam

Goreng Kangkung

Ayam
Sedap hingga menjilat jari... Memang best dan superbb...

Kisah Cuti Sekolah....

Sekejap je, pejam celik pejam celik dah nak habis pun 2 minggu cuti sekolah. Macam tak puas bercuti.. Tapi yela lama-lama cuti takut badan jadi tong pulak... Mana taknya asyik menghala ke dapur je keje. Kalu g sekolah tu lambat sikit sebab nak kena jalan ke kantin. Kena kalu hari kelas banyak kadang sampe tak sempat nak ke kantin pun. Tapi kalu dok umah ni kua je bilik belok kanan jumpa dapur... Acaner tu....

Cuti kali ni xbleh nak bersenang lenang sangat sebab ada kerja menanti. Budak baru lepas exam, nak kena marking paper lagi, dah tu datang pulak kerja kursus sejarah yang bertimbun tu... Hoissshhhh.... Banyak jugak la nak kena buat. Apa nak buat dah tugas, kena la terima kan.

Dalam masa cuti ni jugak hantar keta cat. 3 minggu juga tersadai kat bengkel. Dah lama sangat nak cat baru ni dapat peluang. Memang patah kaki la jugak. Hantar keta pun dah masuk minggu kedua cuti. Kiranya buka sekolah ni tak sempat siapla.

Dah nama pun cuti sekolah, mesti ada yang balik kampungkan. Minggu lepas 2 orang kakak bersama keluarganya balik kampung. I kan banyak kakak. Dah nama pun 13 beradik. Dah tu kita plak last comfirm berderet2 kat ataskan. Kakak nombor 11 balik sebab nak antar anak dia masuk Uitm Bukit Mertajam. Akak yang nombor 12 balik sebab anak-anak dia tingat kat tok wan yang dipanggilnya tok din. Meriah rumah jadinya.

Lepas tu apa lagi amik peluangla turun Kl ikut diaorang habiskan sisa cuti kat sini. Hari rabu satu hari pusing KL dengan kakak no 12. Siap suh dia mc lagi. Hehehe..... Kalu dah nama pusing KL taksah kalu tak berkunjung ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Tengok tudung, jubah, blouse. Sekali masuk kedai yang beli blouse online.... Memang rambang mata tengok... Lagi banyak koleksi dia... Lepas tu belikan rantai tangan emas untuk Lulun@Nurul anak akak yang bongsu. Sedar-sedar RM700 melayang.. Huhuhuh....

Jadi adik bongsu ni seronok masa kecik tapi bila besar dah tak best. Satu sebab kakak2 n abang2 akan cemburu kalu mak n ayah lebihkan kita. Lagi satu anak2 buah pun pandai cemburu sama sendiri. Kita belikan barang untuk yang ni yang lain pun nak jugak. Last2 sape yang teruk... Akak jugak... Asal nak sambut birthday je hantar anak kat cu. Tak pun suh cu beli hadiah... Hoishhhhh.... Zeti Akhtar pun leh letak jawatan gabenor camni....

Mmmmm... takpela. Nak sambung marking paper jap... Ada sikit lagi... Nanti sambung story lagi....