Rose


Tuesday 4 November 2014

Blog berabuk

Salam...
Lamanya tak mengupdate blog ni.. Mengupdate??? Bleh camtu ayat dia.. Cikgu BM kot.. Hahaha.. Xpe2, tengah pening sekarang ni.. Memusing je rasa. Mana nak marking paper, mana dengan asignment, mana dengan nak bawak budak pergi trip.. Pening kepala... Macam-macam benda nak kena buat nak kena fikir memang sakit jiwa rasa.

Dah tu dalam masa yang sama laptop pulak rosak. Mana tak rosaknya anak buah aku bantai wat aksi WWF habis rosak. Nak debik anak buah, last-last aku menangis gerammmmmm.... Pujuk rayu kat daddy aku last-last dapat gak tapi mummy aku guna kuasa veto dia suh abang aku bagi duit. Sebab daddy aku baru je kua duit bayar motor anak abang aku. Kira tukar ganti la. Best gak sekali sekala bermanja ngan abang... Dia masa mula tu macam kede ja.. Suh amik 1k.. Dah tu bagi atm kad kat aku, sekali g bank tengok ada manyaaaaakkkkkkk... Aku amik 2k terusla... Hahaha, senangnya dalam hati.... Dapat jugak akhirnya..

Ni la my new laptop
Sekarang dapatla cek update blog. Tambah cek juga admin untuk blog kampung... Orang kampung I celik it. Dok nunggu la I update blog.. Seronok tengok gambo ada dalam blog..

Oklah, nanti I berblog lagi ye.. Nak wat kerja jap.. Banyak nak update ni..


Sunday 2 March 2014

Boling Ten Pin dan jalan-jalan di Langkawi

Salam....
Lamakan blog ni diam.. Rini nak share story dengan korang tentang aktiviti weekend ai baru2 ni. Macam yang ai bagitau sebelum ni ai ke Langkawi sebab ada budak sekolah yang layak wakili daerah ke peringkat negeri dalam acara boling.. Ai ni cikgu penasihat so pegila tengok diaorang.. Penginapan tajaan lagi oleh waris pengurus pasukan. Kak Zarina sekeluarga, emak si Ammar. Memang sanagat selesa.. Layanan pun 1st class.. Sarapan pagi siap sediakan lagi walaupun kami dok homestay. Homestay punyala luas.. Terima kasih kak sebab layan kami.. Best sangat...

Kami ke Langkawi petang khamis. Naik feri ramai2 dengan budak2.. Sampai kat Kuah Kak Zarina ambik kami bawa balik ke rumah. Sediakan soto yang sedap untuk kami makan malam tu.. Lepas makan kami balik berehat di homestay sebab dah kepenatan. Esoknya nak kuar awal tengok budak2 main boling....

Pagi lepas sarapan kami ke jetty point. Keta sewa pun Kak Zarina sediakan siap hantar kat homestay lagi.. So dapatla merayap2 sekejap kalu ada keta sendiri.. Kalau tak nak kena susahkan Kak Zarina hantar dan amik kami...



Ni penyokong je.. Mamat berkaca mata tula si Ammar
 Lepas budak habis main kami ke HIG beli barang sebab K.Zah nak balik petang tu jgak coz esoknya dia ada kelas... Tinggal la ai dengan si Animatomato je...  Lepas hantar akak balik, bawak pulak si Amirul anak buah ai merangkap player sekolah gi beli sport shoes.. Tertanggal tapak dua2 belah. Dah tu bleh plak menapak dari jetty point ke Langkawi Fair... Haishhh... Dahla panas...

Kita orang ke Beras Terbakar dulu sebab nak beli souvenir. Kat sini sempatla beli baju tido. Si Amirul belikan keluarga dia buah tangan. Lepas habis shopping kat Beras Terbakar kami ke Pantai Chenang... Ingat nak shopping kat Underwater World sekali tutupla plak sebab diaorang tengah kira stok.. Lintas jalan lepas tu masuk kedai Al Ikhsan nak beli kasut Amirul. Dah beli ko co teka sapa kena bayo? Ai la... Huhuhu... Bijak2...

Berkenan kasut ni tapi saiz besar... Ada less lagi.. Huhuhu

Ni pun besar jugak.. Tension wehhh...

Malamnya dinner kat Chenang... Siakap sekor RM51??????? Giler babbbbbb mahal nak mampppppppp..... Hoishhh, selalu makan sekor paling mahal pun RM30 je... Ko dah kenape mahal sangat... Esoknya dalam pukul 11 kuar ke Jetty Point sebab si Amirul ada games.. Dah habis gi beli barang kat Idaman Suri n HIG sekali lagi. Balik petang tu nak feri pukul 5 petang.. Sampai umah dah pukul 8 lebih.. Letih jangan cakapla, tapi enjoy!!!!!!!!



Wednesday 26 February 2014

Kejohanan Boling Tenpin

Apa tengok-tengok.... Hahaha....

Korang mesti pelikkan kenapa aku tetiba letak gambar mamat ni kan... Muahahahaha... 
Aku nak g Langkawi petang ni... Bercoti ke?... Tok ehhhh... Aku ke Langkawi sebab tengok budak aku lawan boling.
Budak2 ni layak wakil daerah ke peringkat negeri.. Salah seorangnya pulak anak buah aku.. Haruslah aku turun bagi semangat kat dia... Semalam pun aku hantar dia kat PPD. Dari PPD diaorang bergerak ke Kuala Perlis... 

Petang ni aku pergi dengan 2 orang kawan. K.za and Animatomato... Player boling yang lain pun ada ikut gak.. Diaorang dok umah student aku a.k.a pengurus pasukan si Ammar..
Dahla... Nak balik kemas beg ni... Apa pun tak packing lagi...
Jom....

Monday 24 February 2014

Po po, gong gong....

Mesti korang peningkan apa yang aku merepek pagi2 ni.. Ehhhh... sukatilakan nak merepek ke hape ke... Muahahahahaha... Camni ni citernye, aku dekat kampung aktif gakla. So abang aku ngan ahli jawatankuasa kampung yang lain lantik aku jadi biro pendidikan.. Hoishhhh... mentang2 aku cikgu ko bagi aku pegang biro pendidikanla. Sebelum ni bagi aku aku pegang biro ekonomi sebab nak suh cari dana... Hadoiiii.... Tapi takpe dah amanah so kena buatla...

Dapat je jawatan aku semangatla wat kertas kerja bagai sekali dengan plan induk untuk program setahun bawah biro aku. Kiranya setiap bulan ada je program.. Ikutkan diorang nak aku ajar tuisyen tapi dah aku pun sekolah sampe kul 4 petang belum lagi ada aktiviti koko lagi.. Maunya sampai rumah dekat 6 lebih.. Budak2 pun dengan kelas kafa lagi, sukan lagi.. Bayangkan kalu aku buat kelas malam, sekali jadi dialog macam P.Ramlee dalam Masam-masam manis "Cikgu tido, hari-hari cikgu tido"... Haaaaa.... sapa nak jawab....

Sejak aku pegang jawatan ni rumah aku dah macam pusat khidmat masyarakat. Balik sekolah je petang mesti ada budak2 yang datang tanya keja sekolah... Ada yang minta tolong buat folio la macam2 la... Senang gak keja aku... Aku boleh tolong diaorang dengan cara macam tu. Tak payah nak ada tuisyen bagai. So, adik2 ada masalah pase pelajaran sila jumpa akak ye... Muahahaha....

Petang semalam tengah aku dok layan Upin Ipin sekali lagi umah aku kena serbu dengan budak-budak tanya tentang kerja sekolah.. Kali ni latihan sejarah.. Panggilan emak, ayah, adik, abang, kakak, nenek dan datuk dalam bahasa cina, india, kadazan dusun dan iban... Mak ai.... Ai ni cikgu bm je... Tanya budak2 ni bila cikgu nak so dia orang cakap rabu... Oklah, balik dulu. Esok datang balik maksu(panggilan aku kat umah n kat kampung) cari jawapan. Fuhhh.... Berpeluh gakla cari maklumat. Last call dekat sis aku kat kl. Minta tolong dia tanya kawan2 yang cina n india... Dapatla jawapannya.. So tinggal yang kadazan dusun n iban... Aku minta tolong dia juga. Waktu ni pukul 6.30.. Sekali dia cakap, wehhhh.. ofis orang dah balikla.. Sok la dia call branch dekat Sarawak tanya.. Hahaha... Bersungguh sis aku nak tolong...

Tapi pagi ni aku buka ja tenet n cari. Dah dapat pun. Tak payah nak call branch bagai... Semalam kat umah tenet slow... Dah siap keja aku... Petang ni leh la kembang-kembang idung bila budak2 tu datang umah tanya jawapan.. Kau hado?.... Hahaha...

Zai jian = good bye!!!

Sunday 23 February 2014

Musim penyakit!...

Korang, sihat ke hari ni... Ai masih lagi rock suara.. Musim sekarang memang sekejap demam sekejap batuk, sekejap hilang suara.. Kena banyak minum air.. Sekarang ni kalu minum luar memang 2 gelas order. 1 yang manis 1 lagi air kosong.. Memang dahaga sangat...

Minggu lepas hari khamis ai mc. Start dari hari ahad tekak dah mula perit.. Sakit gilerr.. Minum air banyak pun dok camtu gak... Bila malam plak asyik demam panas.. Dah tu tekak kering... Dah tengah nyenyak tidor kena bangun plak minum air.. Selsema bagai... Dah kena pake cool fever plak nak tido baru selesa sikit.. Asal bangun je melelong.. Last sekali hari rabu memang dah tak mampu lagi bertahan.. Dok ngajar dari suara ada sampai hilang terus.. Sampai budak minta stop kesian dengar suara cikgu... Ye ke korang kesian, ke malas dengar aku ngajar? Korang memang suka wat aku sentap....

Bayangkan 3 hari cuti dari khamis sampe sabtu.. 3 hari gak keta aku tak bergerak kemana... Mummy plak bising suh minum air asam jawa.. So marilah kita minum... Jangan derhaka.. Sekali hari rabu aku minum, then tido sekejap bila bangun suara langsung takda...

Korang bayangkan aku cikgu.. Memang kena pake suara untuk kerja. Dah kalu takde suara kejadahnya aku nak bekerja... Dengan badan panas lagi... Aku g klinik amik ubat doktor bantai gelak dengar suara aku.. Macam itik berbisik... Hoissshhhh.... Gerammm!!!
Doktor cakap tekak aku bengkak so dia ganggu peti suara aku sebab tu suara jadi itik.... 

Ubat banyak gak la dapat.. Macam2 ada... Aku ni semput, selalunya kalu musim hujan memang hazabla.. Tapi sebabkan musim sekarang yang tak menentu penyakit semput aku datang balik.. Dah empat malam aku terpaksa tido bersandar sebab kalu baring macam biasa nanti aku batuk tak henti2 sampai aku penat... Masa tu nak bernafas seksa... Satu lagi pantang aku tak bleh makan tembikai, buah dokong dan beberapa lagi makanan sebab silap makan memang tak tido malam aku... 

Semalam keluar kedai aku order air tembikai... Memang aku suka sangat.. Tapi kan dia masuk dalam list benda aku kena pantang so tau2lahkan.. Belum lagi tolak gelas aku dah start batuk tak henti-henti... Tercungap-cungap aku kepenatan.. Dah tu bila aku ngadu ingat aku dapat simpati ke?... Memang idakla... Siap kena marah gi...
"Ehh, nape minum segelas je minumla banyak sikit... Bleh buat ubat... Sedih tau... Tapi sape suh aku gatai-gatai g minum.. Hamik!!!....

Sekadar gambar hiasan... Tengokla, sedapkan!!! Nikmat wehhh...
So, korang jgan jadi macam aku tau. Kena banyak minum air kosong... Jaga kesihatan.. Cuaca sekarang panas sangat.. Kurangkan aktiviti luar ye...
Oklah, tekak gatal la plak... Macam nak amik garpu je garu2... Huhuhu....

Makan-makan..

Hai semua.. Sihat ke? Ai tak sihat lagi.. Suara masih rock.. Tido malam plak bersandar xleh baring macam biasa. Asyik batuk sampe semput.. Bila batuk bangun minum air asam.. Motifff??? 

Ahad plan nak wat makan2 kat tmpat keja... Yelah, makanan dekat kantin mahal sangat wehhh.. Ngalahkan airport.. Mentang2 lokasi sebelah airport.. Sesuka hati je letak rege.. Selalu bawak Rm5.00 tok sarapan cukup sekarang tak lagi ye.. Harap maap... Mahal nak mammppp....Belum lagi ngan pencuci mulut bagai.

So pakat2 dengan kawan2 nak bawak lauk. Nasi kita masak je kat sini. Beras sape beli?... Dah tentula ai jugak kena beli you... Takpe2 sepakat membawa berkat... Masing2 menunjukkan kebolehan memasak... Macam2 menu ada... Lebih dari kantin lagi hidangan dia.. Jom kita tengok apa menu makan-makan kami... Semuanya berpunca dari kantin yang superppppp mahallll....






Macam-macam ada... Jemput-jemput!!!

Saturday 22 February 2014

Dugaan 2013..

Salammm....
Haaaa... kau mampu wat 3@4 entry dalam 1 hari? Kan tadi dah janji nak story tentang apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang 2013 kan... Ingat tak?... Dah lupa... Korang memang... 

Sebenarnya aku masih lagi tak percaya yang ahli keluarga aku dah berkurang. Aku kehilangan abang sulong pada 5 November 2013.. Masih baru lagi... Dan sangat terasa. Sebab dia pergi dalam keadaan mengejut.. Dia masuk ward kecemasan pukul 1 petang kemudian terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan. Pukul 9 malam pindah masuk ward HDW, dan diberi harapan akan normal dan dalam keadaan stabil tapi pukul 12.30mlm anak buah telefon abang aku dijemput penciptaNya... Terlalu pantas... Memang sangat terkejut... 

Abang meninggal hari isnin. Khamis sebelum tu dia sempat balik umah. Bawak daddy pergi kuala kedah beli ikan. Sempat berborak-borak dengan aku. Aku dengan abang sulong ni tak rapat sebab jarak umor kami yang terlalu jauh... Memang takla nak kongsi cerita or masalah dengan dia. Tapi lately before dia meninggal aku perasan dia dah mula nak borak-borak ngan aku. 

Ingat lagi masa pergi kenduri sedara aku dekat Dewan Insaniah. Kami duduk semeja. Dia dok sebelah aku. Tengah makan ada makcik tu masuk, dia siku aku "Maksu, cuba tengok makcik tu macam muka mak.. Beria-ria dia bagi tau aku. Aku pun tengok... Haah, lebih kurang muka mak... Lepas tu kak ipar bagi tau abang ajak dia balik kampung. Nak tengok mak.. Kak cakap biasala rindu dekat mak la tu. Diaorang kuar balik awal dari aku sebab aku tunggu kawan aku amik nak pergi umah member sorang lagi sebab ada kenduri. Kebetulan keta aku kakak aku nak pakai sebab dia balik naik flight.. Tengah borak-borak ngan anak buah, kakak ipar masuk balik ke dalam dewan. Duduk sebelah aku. Dia cakap, abang aku tnya aku nak guna keta ke? Kalu nak amik la keta dia kat umah. Diaorang naik moto je. Aku cakap tak nak sebab tunggu kawan. Dia segan nak cakap sendiri so dia suruh akak yang cakap. 

Sebelum abang meninggal dia berhenti kerja. Bos dia pun terkejut. Tapi kesihatan dia memang tak mengizinkan. Demam tak nak sembuh. Abang aku plak kalu sakit tak nak amik ubat. Men bantai panadol je. Kadang jumpa bomoh konon ada benda masuk dalam badanla hapa la walhal memang dia takut ngan spital. Daddy dok kua masuk spital pun dia tak penah amik giliran jaga. Tapi dia pengunjung setia. Waktu melawat mesti sampai.

Masa hari kejadian tu, sebenarnya dia dah banyak hari demam tpi tak sembuh2. So akak dengan anak dia bawak g amik ubat. Dah habis amik ubat diaorang pergi makan. Makan pun berkongsi dengan kakak. Sepinggan pun tak habis. Akak ngan abang memang rapat. Pergi kemana berdua. Kena pulak anak-anak dah besar dan berjaya. Bila balik rumah akak suruh dia makan ubat. Dia makan lepas tu akak masuk toilet. Lepas tu akak dengar abang panggil, dia kuar tengok abang dah menggigil2 kesejukan. Akak selimut dia tapi still tak hilang sejuk. Badan dah peluh2 walaupun dia sejuk. Dia boleh plak suh anak dia yang bongsu p panggilkan tok bomoh tok tengokkan kot2 ada benda masuk dalam badan. Tapi bila tengok keadaan abg dah makan lemah anak2 buah sepakat dukung dia masuk keta bawak pegi spital. 

Kat spital, abang dimasukkan ke ward kecemasan zon merah. Untuk zon kritikal. Jantung dia terhenti 5 minit tapi doktor tekan2 abang ok balik. Sekarang abang dah dipasangkan dengan alat bantuan pernafasan. Masa ni aku tak tau pun keadaan abang. Aku dapat mesej dari anak buah masa aku on the way nak g hantar skrip yang aku marking dekat ketua pemeriksa. Anak buah aku tulis "Maksu tok suh balik sekarang nak tengok wa (panggilan utk abang aku) tengah tenat kat hspital". Aku stop keta tepi... Diaorang apahal nak main2 plak.. Aku dah start bengang.. Tenat ke penat... Abg aku seumur hidup dia tak pernah masuk spital.. Tetiba tenat. Comfirm aku rasa diarang main2 je.Aku call balik anak buah aku, betul ke mesej tu.. Dia cakap betul. So aku amik keputusan, patah balik then call member kirim je skrip tu kat dia. On the way balik umah anak abang call gtau abah dia tengah tenat. Bayangkan aku tekan minyak 120 dengan jalan bengkang bengkok lagi.. Hati aku tak sedap.

Balik amik mak n 2 orang kakak terus gerak ke spital. Daddy memang tak ikut.. Dia jenis lemahsemangat ckti.. Tu pun mummy cakap abang demam je.. Belum cakap tenat.. Dia cakap penat je... Sampai spital tengok mata anak2 abg dah mcm biji saga.. Merah je. Akak pun dok nangis je. Dalam hati masih lagi memujuk yang abang aku tak teruk. Sampaila aku masuk tengok. Dekat 5 minit aku cari katil dia tak berjumpa. Sebab semua teruk.. Aku nak cari yang tak teruk... Tu anggapan aku sampai la aku nampak sekujur tubuh dekat ats katil hujung ward kecemasan tu. Aku nangis macam budak kehilangan mak ayah... Aku usap kepala abang aku, aku kucup dahi dia.. Betul2 tak sangka... Peluh basah badan abang aku. Mata dia bergerak2 bila aku panggil nama dia.

Kami terus tunggu perkembangan abang. Semua tak berani nak bergerak kemana walaupun perut berkeroncong. Pukul 9 malam pegawai perubatan bagitau abang akan dipindahkan ke ward HDW.. Kakak2 kat KL dah ada yang bertolak balik bila dapat tau keadaan abang. Seorang lagi abang tak ada kerana berada di Mekah mengerjakan haji. Sempat hantar mesej dekat dia.

Anak-anak abang pun dah sampai cuma sorang ja yang masih lagi ada di Iraq. Takde tiket.. Stanby je kat airport.. Aku dengan anak abang yang perempuan orang pertama masuk tengok abang dalam ward. Masuk je dalam ward tangan aku genggam tangan anak buah. Paling tak sedap diaorang pasangkan yasin dekat tepi abang. Memang baik untuk kita orang islam tapi itu petanda abang aku memang teruk. Tambahan kedudukan dia membuatkan aku teringat arwah pelajar aku yang dijemput penciptaNya pada bulan september. Hati aku memang tak sedap.. Tepi katil abang adala dalam 5, 6 orang doktor tengah. Ada doktor perempuan ni bagitau kata keadaan abang aku stabil mungkin ambil masa 3,4 hari sebelum pindah ke ward biasa.. Hati aku tenang walaupun sebenarnya masih lagi kurang yakin sebab situasi yang sama mcam student aku.

Kami tak boleh duduk lama sebab masing2 tunggu giliran nak masuk. Masing-masing yang tengok abang keluar mesti mata merah.. Tak percaya dengan apa yang terjadi.. Dalam pukul 11 lebih ajak mak balik sebab dah penat.. Memang sayu sangat tapi masing-masing dah letih.. Sampai rumah lepas mandi baru je masuk tido anak buah call bagitau abang dah takda.. Aku tak percaya, tanya kak ipar betul ke? Memang tak percaya sebab doktor cakap dia ok.

Skarang kami adik beradik dok bertolak macam mana nak bagitau mummy and daddy tentang abang. Last sekali bagi kak ipar. Mak buka pintu bilik kakak bagitau yang abang dah tak ada. Daddy tanya mummy, "awat dengan non, minah"... Mummy jawab "anak kita sorang tu dah takda.... Sedih sangat.. Masa ni terbayang balik segala tingkah laku dia diakhir2 usia dia. Abang aku yang dekat mekah pun call bagi semangat dekat mummy walau dia sendiri terkejut..

Abang dikebumikan dikampung.. Itu amanat dia dekat akak.. Paginya sebelum kerumah abang kami kemas rumah apa yang patut.. Kakak aku yang no 11 siap cakap lagi jom kita kemas rumah nak sambut abang non balik.. Memang aku meraung kat situ..

Aku berpeluang mandikan abang... Muka dia macam tido je.. Memang airmata aku tak boleh stop setiap kali tengok jenazah abang.. Pukul 11 lebih jenazah abang dibawa balik ke kampung selepas di sembahyangkan di surau taman dia. Sekali lagi abang disembahyangkan dekat rumah. Ramai yang hadir.. Bertuah abang.. Dia berjaya besarkan anak2 dengan segala kepayahan sehingga semuanya berjaya dan dia menikmati hasilnya..

Petang tu sempat usik daddy, lepas ni dah takde orang nak beli lagi mee rebus.. Terus masam nak nangis. Kena marah dengan kak sebab pandai-pandai usik. Mummy plak dok sedih siapa nak balik berbuka puasa dengan dia tahun ni. Sebab abang mesti balik berbuka puasa dekat rumah dan kalau dia balik dia yang akan siapkan semuanya. Dia tolong hidangkan sampai ais ketul pun dia beli sekali.
Bila adu dekat anak-anak dia rungutan tok terus masing-masing jawab, abah takda kami kan ada. Kami balikla berbuka dengan tok... Sangat sayu... Tu belum lagi waktu raya... Mesti lagi sedihkan..

Abang dan kak bersama cucu-cucunya

Abang dan kak


Muka macam daddy..

Satu-satunya anak perempuan arwah abang..
Pemergian abag satu kehilangan untuk keluarga kami.. Terutamanya anak-anak dan juga kak.. Apa pun kami harus kuat dan saling bersatu sebagai sebuah keluarga yang besar... Apa yang paling nyata sejak abang tak ada kami makin bertambah akrab.. Ada hikmahnya abang minta jenazahnya dikebumikan dikampung. Sekurang-kurangnya setiap kali mereka menziarahi kubur abang mereka akan singgah dirumah. Terubat la jugak rindu mummy n daddy dekat arwah abang bila tengok wajah anak-anak abang.. Sekarang kami dari 13 beradik dah tinggal 11 je..

Semoga arwah abang tenang disamping penciptaNya... Semoga kita sekeluarga akan bersatu disana nanti.. Al-fatihah....

Blog Berabuk...

Assalamualaikum w.b.t....... Hai korang, sihat ker? Dah lama benor tak berblog... Punya la sibuk sampe tak sempat nak wat entry. Dah masuk tahun baru dah... Dah berabuk sangat blog ai ni... Banyak benda kalu nak dikongsikan tapi tulah asyik sibuk ngan keja je mana sempat nak berblog ni. Tapi hari ni nekad nak tulis gak walaupun secebis cuma... Hahahah.. Kau hado???

Perangai ai tiap2 malam sebelum tido buka blog and baca. Automatik mata akan jadi layu, kuyu dan segala macam yu lagi and last sekali tido... Tengok blog orang mcam2 diaorang story. Kita punya blog langsung takda apa... 

Bayangkan last tulis bulan september. Sekarang dah bulan Februari. Gila lama tak tuliskan...Dan dalam tempoh tu macam2 benda berlaku dalam hidup ai... Banyak cerita sedih untuk penutup tahun.. Kehilangan insan tersayang disekeliling kita... Tambahan diambil dalam sekelip mata.. Dalam keadaan kita tak bersedia. Kalu nak ikutkan bersedia semua orang tak bersedia, tul tak. Orang nak lari kat track pun tak bersedia walaupun sebenarnya dah bunyi pistolkan... Yelah, mana ngan gelabah lagi, tengok kaki orang sebelah panjang lagi... Haishhh... Macam2 la...

Okla, takat ni je nak lap habuk... Yang lain punya story ai wat entry lain plak ye... Nak menambahkan koleksi... Idakle semua citer ko sumbat dalam ni jekan... Malas tahap cipan la tu jawabnya... Apa2 pun harapan ai, tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya... Aminnnn...